SENGGUGUT – SALAH SATU TANDA FIBROID

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.

Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah  haid.

Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi ‘kotor’ sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

KENAPA BERLAKUNYA FIBROID?

-Semua pakar dan kajian demi kajian mengatakan punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya.

-Banyak kajian membuktikan bahawa fibroid berkaitan rapat dengan hormon wanita sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Sebab tu ada perkaitan obesiti dan fibroid ni.

-Kenapa obesiti ? Sebab lemak-lemak degil yg terkumpul dalam badan ni menyimpan hormon wanita. Hormon yang tersimpan dengan banyak ni dikatakan menjadi punca fibroid terjadi.

TANDA-TANDA FIBROID

Semua gejala dinyatakan ini bukan spesifik kepada orang yg ada fibroid. Maksudnya bukan fibroid sahaja penyebab simptom-simptom ini.

  • Pendarahan period yang luar biasa banyaknya.
  • Senggugut – sakit period yang melampau lampau sampai tak boleh pegi kerja atau pegi kolej atau pegi sekolah dan memerlukan cuti sakit.
  • Perut terasa buncit. Mungkin disangka lemak terkumpul tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari.
  • Terkencing-kencing kerap. Baru kencing tadi rasa nak kencing lagi. Sebab fibroid besar boleh menekan pada pundi kenci menyebabkan rasanya nak kencing.
  • Sakit bahagian bawah perut, walaupun tak period. Disebabkan berlaku perubahan degenerative pada fibroid yang menyebabkan sakit.
  • Susah nak mengandung. Kalau mengandung pula tak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan janin boleh menjejaskan penempelan janin dan berakhir dgn keguguran. Walau bagaimanapun bukan fibroid sahaja boleh sebabkan keguguran, banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira.
  • Untuk mereka yang hamil, fibroid pada bahagian bawah rahim boleh menganggu pemusingan bayi dalam rahim
  • Fibroid yg besar jenis tergantung kat luar rahim boleh terpintal (torsion) menyebabkan sakit

RAWATAN UNTUK PESAKIT FIBROID

Fibroid yang tidak menimbulkan apa apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Tunggu dan lihat, biasanya fibroid akan mengecil dan hilang dengan sendirinya selepas menopos.

Ada pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincang dgn doktor terlebih dahulu

Operation buang fibroid. Ada dua jenis: buang fibroid sahaja dan dan biarkan rahim untuk mereka yg bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu masih ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang. Ada kes yang memerlukan rahim dibuang bersama sama dgn fibroid lebih-lebih lagi jika doktor berasakan fibroid ini adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak kecut-kecut walaupun sudah menopos. Ada fibroid kecil yang ganggu kesuburan atau sebabkan period banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy. Setiap operation ada risiko dan komplikasi yang boleh timbul, bawak berbincang dengan doktor dulu, ikut kesesuaian pesakit.

Pembedahan adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yg diberikan tidak mampu merawat fibroid.

Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan doktor dan kesesuaian pesakit.

Sumber :

  • Dr Muhammad Izzat bin Abdul Razak, Pegawai perubatan obstetrik & ginekologi yang berkhidmat di sebuah hospital di Selangor
  • Diet Diet Sihat

FIBROID 7cm HILANG SELEPAS KONSISTENT AMALKAN VIVIX

Selain daripada pemakanan yang seimbang , Dr hamid juga berpesan, untuk mempercepatkan pengecutan cyst, atau fibroid, sila amalkan vitamin c, vitamin E, kalsium, minyak ikan . Ia hendaklah di amalkan seumur hidup.

Sebenarnya fibriod terjadi daripada hormon estrogen yang berlebihan.Kajian menunjukkan ianya disebabkan terdapat masalah dalam sistem antioksidaan dalam badan yang berpunca daripada pengaruh radikal bebas.

Jadinya,Vivix merupakan antioksidan yang paling baik dalam membaiki masalah sistem pengoksidaan.

CARA ORDER VIVIX SHAKLEE UNTUK MASALAH FIBROID

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Penghantaran sekitar Ampang, Setiawangsa, AU Keramat, Wangsa Maju, Taman Melawati, Batu Caves, Pandan Indah, Bandaraya KL dan kawasan sekitar.

LATIFAH FAZRI
Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
Email: latifah.fazri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 017-6313423

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s